
|
4.12.11 @ Sunday, December 04, 2011 | 0 Comment [s]
Teknik Belajar Matematik1. Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai2. Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. 3. Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin. 4. Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir. 5. Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah. Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik. Jangan lupa baca quran dan berdoa, mudahan anda berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun ini
Second Wawa search nii
Belajar Cara Sistem PQRST
Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk “Improving Reading In Every Class”. Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini.
(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )
Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam
sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi
rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting
dalam keseluruhan bab.
(b) Question ( Menyoal )
Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari
isi penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan
lebih jelas.
(c) Read ( Membaca )
Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik
(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu
gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi
penting itu semula tanpa melihat nota yang telah anda catatkan.
(e) Test ( Ujian )
Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya,
anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu
melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan
menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.
Bahan ini diterjemah dari:
Improving Reading In Every Class
Ditulis oleh: El Thomas dan Ha Rabinson
Rahsia Kejayaan
Teknik Belajar Berkesan
Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan
kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran
ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.
Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan.
Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.
Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :
Tambahan dan Nasihat
Pelajar perlu meletakan Matlamat ke sekolah:
JANGAN PUTUS ASA, NABI BENCI ORANG KECEWA DAN MALAS. Kita perlu bina umat Islam kelas pertama,
Third ~
Wawa search cara pakai tudung ala hana tajima ~
Ngee ~
Byeyee
|
The Disclaimer SHUT UP , READ AND THANKS
Navigations! Let's Talk!
The Credits! |