//Forever Imperfect
Awak terima kasih baca blog saya

12.12.11 @ Monday, December 12, 2011 | 0 Comment [s]

 

Awak ? Ok hari ni saya akan menggunakan sepenuhnya bahasa melayu kita <3 !

Pertama sekali terima kasih sekalian pembaca , yang sudah mengikuti saya mahupun tidak .
 
Blog saya yang diwujudkan bermula awal 2011 telah pun diikuti seramai 54 *tahu laa tak ramai kan =,=
Saya mencipta blog ini disebabkan rasa bosan dan juga ingin berkongsi cerita dengan kawan-kawan .
Sebenarnya menulis sesuatu ialah tabiat saya sejak dari sekolah rendah lagi .
Selain itu , bahasa melayu adalah bahasa yang sangat saya minat * sampai bahasa inggeris saya lemah
Saya suka menulis tetapi saya tak suka membaca .
Selalu nya karangan saya buruk dimata pelajar lain . Tapi lawa dimata guru-guru saya .
Kebanyakkan karangan saya ditulis ikut sedap otak saya je . Sebab saya malas nak berfikir , jadi saya akan jadi kan sesuatu peristiwa yang saya lalui sebagai rujukan . 
Saya sering keluar berjalan-jalan dengan ayah saya , dan ayah saya sering menjadi idola saya . 
Ayah saya seorang yang sangat memahami kehendak saya . Dia tak pernah kecewakan saya , *terima kasih ayah ;')

Selain itu , saya menulis kerana ingin meluahkan isi hati saya . Di sebabkan saya sangat lah susah untuk meluahkan rasa hati saya kepada orang . 
Kalau ada masalah saya tak suka cerita . Tapi saya akan menangis sampai lah rasa puas *itulah lah satu cara perempuan lepaskan geram 
Setiap kali gaduh dengan kawan atau adik beradik saya akan menangis .

Kawan-kawan dengarkan lagu yang sedang dimainkan di dalam blog saya ni ?
Lagu ni tajuk Carta Hati yang di nyanyikan oleh Najwa Latif .
Kenapa saya sangat meminati lagu ni ? 
Kalau hayati betul-betul lagu ni berkisah kan 2 kawan yang ada sifat suka sama suka .
Tetapi mereka tak berani untuk berterus terang . 
Dalam masa yang sama perempuan ni tak mahu kehilangan lelaki itu .
Yang seterusnya hayatilah sendiri ok ? 
Saya memilih lagu ni sebab lagu ni banyak persamaan dengan saya . 
Bila dengar lagu ni saya suka berangan , haha .
Walaupun saya menyukai seseorang saya tetap tak nak bercouple dengan dia .
Sebab saya tak nak kehilangan dia nanti .
Dia dah banyak buat saya gembira . Bagi hati saya bersabar .
Jadi saya memilih jalan yang terbaik untuk saya dan dia . 
Kiteorang dah berjanji nak belajar . 
Ni bukan angan-angan yee , tapi ni betul-betul punya . 
Ingat ni * saya takut kehilangan dia .
 
Ok , kenapa saya memilih WAWA OFFICIAL BLOGSPOT ?
Sebab tak da idea nak letak apa . Sebelum ni WAWA TOINK-TOINK ^^
Tapi telah dimansuhkan .
Ok , kalau korang nampak 'I HOPE MY DREAM BECOME TRUE AND REALITY'
Yang macam saya cakap tadi saya seorang yang kuat berangan . dan saya mengharap angan-angan saya menjadi betul . Tapi itu agak mustahilkan ? Bagi saya tak pun . Sebab setiap usaha pasti berjaya . Jadi apa yang kita rancang pasti dimakbulkan oleh Allah kalau ada usaha .

Yang terakhir , terima kasih yang berjuta-juta untuk sesiapa yang selalu buka dan baca setiap post . 
Muahmuahmuah . hahaha


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi semua! terima kasih kerana melawat dan membaca. enjoy here!

SHUT UP , READ AND THANKS


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!

dont have cbox :)


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!